"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'BN sudah menang, apa takut lagi?

Selena Tay
Rampasan akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket menunjukkan bahawa Kerajaan BN masih berada di tahap politik zaman batu purba," kata Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS.

Memang Kerajaan BN tidak perlu mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat rampasan tersebut kerana BN telah pun menang dalam PRU13 yanglalu dan kabinet baru Kerajaan BN telah pun dibentuk.

Sepatutnya mereka harus membiarkan akhbar-akhbar parti komponen Pakatan Rakyat ini diedarkan sebab Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak seringkali mendakwa bahawa negara Malaysia mengamalkan dasar demokrasi yang sihat.

Oleh itu, kekangan suara pihak pembangkang bukanlah satu langkah yang menunjukkan sikap amalan demokrasi yang baik, kukuh dan stabil dan perbuatan tersebut haruslah dihentikan tanpa berlengah-lengah lagi.

Jika akhbar-akhbar ini hanya dapat dijual di ibu pejabat PAS, DAP dan KeADILan sahaja, ini akan menyusahkan ahli-ahli parti tersebut untuk pergi ke ibu pejabat parti untuk membelinya.

Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad berpendapat bahawa langkah rampasan akhbar pihak pembangkang akan memberikan gambaran yang buruk kepada Kerajaan BN dengan menunjukkan bahawa "Kerajaan BN takut bahawa pengedaran maklumat yang benar dalam Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket akan mencerdikkan minda rakyat dan ini akan menyebabkan populariti BN semakin menurun".

Tiada ulasan: