"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara 27 kerusi, harga barang naik?

SELENA TAY
KEKALAHAN Pakatan Rakyat dalam PRU13 di 27 kerusi Parlimen melalui pelbagai kemusykilan yang wujud pada hari mengundi (5 Mei 2013) telah mendorong pasukan peguam Pakatan untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi 27 kerusi tersebut.
Kerusi-kerusi itu ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.
Walaupun keputusan pilihan raya telah diumumkan dan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya yang baru, keadilan masih perlu ditegakkan.

Justeru, bagi Pakatan hanya cara melalui proses mahkamah sahaja yang boleh digunakan dengan sepenuhnya sekarang dan Pakatan akan bertindak mengambil langkah yang sewajarnya melalui proses undang-undang.

“Sementara itu, rakyat pasti akan dibebankan lagi oleh harga minyak dan harga barang yang akan meningkat disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST - goods and services tax) yang bakal dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kalau bukan kerana 27 kerusi Parlimen ini, harga minyak insya-Allah diturunkan hari ini dan harga barang akan dikekalkan,” kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tiada ulasan: