"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib dan umno hina Sultan Kelantan?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpandangan mereka yang membelakangi titah sultan supaya dikembalikan royalti minyak mungkin boleh dikategorikan menghina raja.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu menyatakan beliau membaca laporan akhbar berkenaan seorang wanita ditahan kerana menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Saya optimis pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik-baiknya,” tulis beliau di blognya.

Beliau menulis bahawa di sebuah negeri, pernah Sultan negeri berkenaan bertitah di dalam Dewan Undangan Negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.

Namun malangnya, kata beliau pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah Sultan.

“Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja,” ujarnya.

Tiada ulasan: