"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanpa Amanah Pas hilang 90% kerusi

MALAYSIA DATELINE
Mohd Fakrulrazi Mohd MokhtarPas akan hilang lebih 90% kerusi yang mereka menangi tahun 2013 kerana parti Islam itu sudah hilang hampir kesemua sokongan bukan Melayu, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau berkata, tuduhan jahat bahawa Amanah akan jadi penyebab kemenangan Umno dan memecahkan undi pembangkang adalah tidak relevan.

"Perlu diakui dan hakikatnya hampir kesemua kerusi yang Pas menang tahun 2013 adalah hasil dari sokongan padu kaum Cina dan India. Malahan, kerusi-kerusi Pantai Timur seperti Dun Chukai, Tanjung Lumpur, Sura, Parlimen Kuala Nerus dimengangi atas sokongan padu kaum Cina dan India," katanya.

Menurut beliau, memberi kerusi-kerusi kepada Pas samalah dengan memberi kerusi kepada Umno kerana Pas hampir pasti kalah di semua kerusi yang mereka menangi sebelum ini.

"Ini menjawab nista jahat kononnya Amanah akan memecah undi dan memenangkan BN. Hakikatnya tanpa Amanah PAS sudah pun hilang 90% dari kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas.

"Seharusnya mereka yang masih teringin untuk berunding dgn Pas perlu mengambil kira fakta bahawa Pas bakal hilang hampir semua kerusi mereka dan berhenti menunding jari kepada Amanah," katanya.

Tiada ulasan: