"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS akan pecah beberapa bulan lagi - Salahuddin Ayub

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub mendakwa, PAS kini berdepan dengan perpecahan setelah mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno.

"Saya boleh katakan hari ini PAS sudah terbelah dua dan sebenarnya sudah berpecah.

"Satu kekuatan yang saya pelajari dengan PAS (dahulu), sekiranya pemimpin itu dilihat benar-benar rapat dengan erti kata lain tidak menganggap Umno sebagai musuh mereka, PAS akan berpecah lagi.

"Saya berani menyatakan PAS akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Selain itu, bekas naib presiden PAS itu berkata, apa yang terjadi dalam parti berkenaan ketika ini sukar diterima terutama dalam kalangan penyokong dan ahli PAS kerana ia melibatkan soal dasar.

Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu, ekoran daripada perpecahan yang berada dalam PAS, tidak mustahil AMANAH dapat memerintah Kelantan.

"Saya berani katakan yang PAS akan berpecah lagi untuk beberapa bulan akan datang. Sebelum ini, kami (AMANAH) sudah menyebabkan separuh perpecahan ke atas PAS.

"Akan ada yang lain yang akan menyebabkan perpecahan berlaku lagi dalam PAS.

"Kami sudah diajar (sejak dalam PAS) bahawa dasar kezaliman itu tidak boleh dirundingkan. Tiba-tiba hari ini, dasar itu terjejas, kami memang tak boleh (biarkan dasar berpecah). Sebab itu kita berpisah dengan PAS," katanya.

Salahuddin antara ramai lagi pemimpin kanan PAS yang keluar parti selepas tewas beramai-ramai dalam pemilihan parti sebelum ini.

Mereka menubuhkan AMANAH sebagai parti Islam baru yang mahu membawa pendekatan Islam yang lebih terbuka untuk semua pihak.
-malaysiakini

Tiada ulasan: