"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekeluarga maut minum racun


Bali – Sungguh tragik pengakhiran keluarga dari Bali, Indonesia ini apabila bertindak nekad ‘mencabut’ nyawa mereka dengan meminum racun serangga.

Kejadian yang berlaku di Banjar Dinas Jero Kuta, Desa Bondalem, Kecamatan Tejakula, Buleleng ini menyaksikan sepasang suami isteri dan dua anak maut selepas meminum racun jenis Diazinon yang dicampur air minuman soda.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Kadek Artaya, 32, isterinya, Kadek Suciani, 27; serta dua anak mereka, Putu Wahyu Adi Saputra, 7; dan Kade Dwi Cahya Putri, 3; ditemui di atas katil di sebuah bilik di kediaman mereka.

Tribunnews melaporkan semua mangsa ditemui bapa saudara mereka, Made Suardana, 59, pada Khamis pagi kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan ketika hendak solat.

Suardana berkata, keempat-empat ahli keluarga itu tidak berada di dalam bilik tidur mereka dan dia mencarinya di kawasan dapur selepas tercium bau busuk dan bau gas.

Menurutnya, semua mangsa ditemui di dalam bilik berkunci dari dalam di bahagian dapur dan dia terpaksa memecahkan pintu tersebut sebelum menemui semua mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Jelasnya, empat ahli keluarga itu ditemui dalam keadaan berpelukan dan mulut masing-masing berbuih.

Semua mangsa tidak dibawa ke hospital dan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Komang Ari Wirama mengesahkan kematian tersebut dan menjelaskan empat ahli keluarga itu meninggal dunia lebih kurang lima hingga enam jam sebelum ditemui.

Suardana mengakui anak saudaranya iaitu Kadek yang bekerja sebagai tukang kebun tidak mempunyai masalah selain dari keletihan akibat bekerja.

“Tidak pernah sekalipun dia bercerita masalahnya kepada saya kecuali dia penat bekerja,” katanya yang menjelaskan anak saudaranya itu bersifat terbuka dan akan menceritakan kepadanya jika mengalami masalah.

Difahamkan, keluarga ini tidak mempunyai masalah yang serius selain si isteri dan anak lelakinya sering mengalami penyakit batuk yang tidak pernah sembuh.

Sementara itu, polis Buleleng, Made Sukawijaya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian. – Mynewshub

Tiada ulasan: