"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno, Pas kini memang sah 'sekapal' (Gambar)

BORHAN AHMAD
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.
Datuk Mahfuz Omar
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.

"Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.

"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.

Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.

"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.
Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.

Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.

Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.

Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.
Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.

Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.

Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.

"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.

"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi.

Tiada ulasan: