"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Di mana PAS letakkan hudud dalam manifesto?

Timbul tanda tanya di makan PAS meletakkan agenda hudud mereka dalam manifesto yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam tadi.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (AMANAH) Zolkharnain Abidin berkata dokumen yang menjadi tawaran Gagasan Sejahtera untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang menunjukkan PAS akur pada realiti walaupun dulu menganggap Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak Islamik.

"Tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zolkharnain yang juga bekas pemimpin PAS Perlis dan pernah menjadi anggota dewan undangan negeri di situ berkata ada beberapa kemungkinan mengapa hudud tidak ditegaskan parti terbabit.

Bagaimanapun kata Zolkharnain kemungkinan itu sukar diterima memandangkan keadaan semasa yang ada pada PAS.

Takkan sebab takut Umno

"Jika PAS nak jaga hati rakan tahalufnya, itu tak mustahak sebab parti itu adalah tunggak (dominan) dalam Gagasan Sejahtera.

"Jika PAS nak jaga hati orang bukan Islam, itu juga tidak relevan sebab undi golongan itu bukan fokus buat PAS," katanya.

Satu lagi kemungkinan katanya ialah kerana PAS bimbang ia akan dihalang atau dijadikan isu oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang ramai kepada parti itu.

Bagaimanapun kemungkinan itu juga sukar diterima kerana ketika PAS mengadakan himpunan bagi mendesak pindaan bagi Akta 355 di Padang Merbok kira-kira setahun lalu turut dihadiri pemimpin kanan Umno, iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Bimbang ditentang DAP lagilah tak relevan sebab DAP bukan rakan tahaluf PAS.

"Seriau tak disokong oleh Anwarinas (penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan liberalis dari dalam juga tak berbangkit sebab mereka sudah tersingkir," katanya.

Justeru kata Zolkharnain orang ramai tertanya-tanya mengapa hudud yang selama ini dianggap dasar dan nyawa PAS tidak ditegaskan secara khusus dalam manifesto berkenaan.

Jadi kerajaan atau penasihat

Abdul Hadi malam tadi melancarkan manifesto bertajuk Malaysia Sejahtera sebagai tawaran terbaik mereka untuk pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab tidak lama lagi.

Ia menggariskan sembilan teras utama dan 20 tawaran utama Gagasan Sejahtera yang turut disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan BERJASA.

PAS menetapkan matlamat untuk memerintah Malaysia melalui penguasaan parlimen sekurang-kurangnya melalui majoriti mudah.

Bagaimanapun Abdul Hadi secara terbuka menyatakan jika gagal membentuk kerajaan PAS terbuka untuk menjadi penasihat kepada kerajaan.

Zolkharnain berkata maklumat daripada manifesto PAS itu secara tidak langsung menunjukkan parti terbabit akhirnya akur dengan situasi semasa negara yang memerlukan pendekatan lebih holistik bagi menjayakan cita-cita syariahnya.

"Apabila hal itu dikemukakan dulu, PAS mendakwa AMANAH menolak syariah dan menjadi liberal.

"Kini, berdasarkan tawaran Gagasan Sejahtera, adakah ulama PAS sudah menjadi liberal?" katanya.

Hakikatnya kata Zolkharnain PAS cuma menjadikan hudud dan syariah sebagai batu loncatan untuk mereka melonjakkan diri bagi mencapai cita-cita politik.

"Pemimpin PAS cuma berdegar-degar dalam cakapnya. Apabila dapat kekayaan atau bimbang kekayaan hilang, menyoroklah mereka kembali di sebalik jubah dan serban," katanya.

Tiada ulasan: