"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dr Rozaimi sedia pertahan diri dakwaan fitnah Ustaz Dusuki

MALAYSIA DATELINE 
Dr Rozaimi sedia pertahan diri dakwaan fitnah Dusuki
Pendakwah terkenal Dr Rozaimi Ramle dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau bersedia mempertahankan diri beliau daripada dakwaan fitnah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap beliau.

“Saya hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini untuk memfailkan memorandum kehadiran saya atas saman fitnah yang dikemukakan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap saya.

“Saya nyatakan di sini bahawa saya sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri saya daripada dakwaan fitnah AF Ustaz Dusuki.

“Saya telah pun mengarahkan peguam saya memfailkan Pembelaan dalam masa terdekat,” kata pensayarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Kata Rozaimi, beliau berdoa agar Allah menzahirkan kebenaran.

“Saya tidak akan berdoa Ahzab atau doa kehancuran kepada sesiapa dalam isu ini, saya harap anda semua juga begitu,” kata beliau.

Tiada ulasan: