"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MULUT CELUPAR PIMPINAN PAS PARTI YANG MENANGGUNG AKIBAT NYA.

Ust. Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

CERITA UTK RENUNGAN NIK ZAWAWI DAN PEMIMPIN PAS YG BERMULUT LEPAS

1. Minggu lepas, di sebuah masjid, semasa saya duduk menunggu solat jenazah bermula, seseorang datang dari arah belakang, menyentuh bahu dan menghulur tangan utk bersalam.

2. Erat sekali genggaman tangannya. Saya sambut tangannya sambil bersuara, "Oh cikgu, apa khabar?" Dia jawab, "Baik". Kemudian dia berlalu utk bersolat tahiyyat masjid.

3. Otak saya ligat mengenang kembali beberapa peristiwa lama berkaitan insan yg saya panggil cikgu itu. Bercampur-baur antara sedih dan keliru.

4. Dulu, dia tidak pernah "miss" kuliah tafsir mingguan saya, kebetulan dia juga adalah pengundi dalam DUN yg pernah saya menangi.

5. Kenduri-kendara di rumahnya walaupun kecil, dia jemput saya. Jika cukur jambul cucunya, sayalah orang yg dijamu awal. Dalam masalah agama pula, sayalah yg dirujuknya apabila bertemu.

6. Namun, hubungan yg panas itu mendingin apabila saya mula mengkritik Pas dan terus membeku apabila saya menyertai Amanah. Semua itu berlaku begitu pantas.

7. Dia bukan sekadar tidak lagi menjengah kuliah saya, bahkan menunjukkan reaksi di luar dugaan. Pernah dia mengelak utk bertembung dgn saya dlm beberapa majlis yg saya sertai.

8. Jika terserempak pula, tiada lagi senyuman mesra seperti dulu-dulu. Semuanya berlaku di luar dugaan dan jangkauan daya fikir saya.

9. Selesai dia bersolat tahiyyat masjid, dia datang lagi kepada saya. Bersalam sekali lagi dgn mesra, dan memegang erat tangan saya.

10. "Ust, PH kena elak bangkitkan isu-isu yg kontroversi seperti isu PPSMI dan sebagainya. Cikgu-cikgu kurang selesa dgn isu sebegitu", katanya merujuk kpd kenyataan Tun M yg barangkali pernah sekali bercakap tentang PPSMI.

11. Saya kata, "Cikgu, sebarang keputusan penting dalam PH dibuat secara konsensus. Tun M walaupun PM, dia tidak punya kuasa mutlak dlm menetapkan keputusan berkaitan dasar negara. Ini komitmen PH."

12. "Ustaz, saya dah tak mahu lagi kepada Pas. Mulut pemimpin Pas hodoh sangat. Maki orang sana-sini, tuduh orang itu orang ini, dalam WhatsApp, dalam ceramah, dalam FB... ini parti Islam apa? Ulama apa kalau mulut macam tu?"

13. Saya diam saja, tidak merespon apa-apa utk membiarkannya meluah rasa tentang ketidakpuasan hatinya tentang mulut orang Pas. "Ustaz, Pas sudah habis. Cikgu-cikgu sudah bercakap, depa akan tolak Umno dan sekutu Umno."

14. Tiba-tiba jenazah sampai, perbualan pun terhenti. Solat jenazah saya jadi kurang fokus kerana peristiwa sebelum solat tadi berlegar-legar di kotak fikir saya.

15. Selepas solat, dia datang lagi kepada saya dan mengulang perkara yang sama, "Saya tak boleh pi (tak boleh terima) dgn mulut orang Pas yg suka maki dan panggil orang lain buruk-buruk. Ulama pulak tu...!"

16. Saya diam saja. Sampai di pintu masjid, saya "seghelum" selipar dan berlalu pergi. Peristiwa tadi kecil tapi ibarat tsunami dari sudut kesannya kpd saya.

17. Kepada Nik Zawawi yg kata orang Amanah macam pendatang Bangladesh, teruskanlah bercakap sebegitu sebab cakap itu menguntungkan kami.

18. Cuma nak beritahu, keturunan saya berasal dari Thailand bukan dari Bangladesh. Dalam keluarga kami, kecuali saya, semuanya pandai cakap Siam.

Tiada ulasan: