"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kecoh Pandikar tidak benarkan buku Laporan Kajian Semula Syor Sempadanan di baca, dibawa keluar

DALIA ISMAIL
Kecoh Buku Laporan Kajian Semula Syor Persempadanan yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia daripada dibaca dan dibawa keluar dewan dikalangan wakil rakyat hari ini.

Pandikar pada mulanya hanya membenarkan wakil rakyat membacanya di dalam dewan tanpa di bawa keluar buku laporan tersebut. Namun apabila berlaku pertikaian beliau mengatakan pula ia tidak boleh dibaca mahupun dibawa keluar dari dewan.

” Saya tahu semua Yang Berhormat ‘bijaksana’ benda yang tidak dibahas pun boleh disebut apatah lagi perkara yang telah dibincangkan begitu lama. Apa sangat yang mahu dibaca. Jadi saya tidak benarkan untuk dibawa keluar,” ujarnya.

Namun Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) bangun mencelah dengan kenyataan Pandikar itu.

“Saya bukan nak persoalkan apa yang dipersoalkan Tan Sri. Apa yang pelik apabila Tan Sri bimbang tidak ada siapa yang bertanggungjawab terhadap penyiaran itu nanti.

“Kalau ada orang atau pihak media yang menyiarkan ambil tindakan kepada pihak media. Bukan menghalang untuk kami bawa pulang untuk buat sedikit penelitian di kalangan pegawai untuk menjadikan sebagai bahan perbahasan itu nanti.

“Kalau Tan Sri kata apa sangat yang mahu dibaca kalau tak boleh di baca tak payah dibentanglah.” ujarnya.

Bagaimanapun Pandikar bertegas dengan keputusan tidak membenarkan laporan persempadanan itu dibawa keluar dan mengingatkan Mahfuz agar tidak berdegil.

“Yang Berhormat berapa kali pun berdiri begitu juga pendirian saya. Kalau berapa kali pun Yang Berhormat berdiri, begitu jugalah pendirian saya.

“Kalau Yang berhormat berdiri satu dua kali lagi akan menghabiskan masa persidangan pagi ini berdegil dengan peraturan mesyuarat…tiada pilihan lain. Itu sebab saya kata tidak boleh dibawa keluar.

“Lepas tu Yang Berhormat kata pegawai-pegawai akan baca sedangkan pegawai-pegawai tiada hak untuk membaca.” ujarnya.

Bagaimanapun Mahfuz sekali lagi bangun membantah mengatakan: “Ini pelik Tan Sri..dalam Malaysia hari ini nak baca pun tak boleh.

“Embargo tidak boleh dibawa keluar,” tegas Pandikar lagi.

Lantas Mahfuz menjawab,” Tan Sri arah bentara simpan laporan itu dalam bilik Tan Sri lah.”

Kemudian Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun bertanyakan sama ada buku laporan itu boleh dibenarkan dibaca ahli parlimen tanpa dibawa keluar.

“Saya minta jasa baik Tan Sri benarkan kami membacanya, jika pun tidak membenarkan ia dibawa keluar, kami terpaksa akui tapi sekurang-kurangnya kita diberi ruang membaca,” ujarnya.

Pandikar berkata, embargo itu bermakna tidak boleh dibawa keluar dan dijadikan bahan siaran.

” Macamana ahli Yang Berhormat boleh jamin ia tidak dibawa keluar, sudah ada didepan meja sana,”balasnya.

Bulu Laporan Kajian Semulla Persempadanan Mengenai Syor-Syor yang dicadangkan bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri itu mempunyai 3 Jilid sudah diserahkan kepada ahli parlimen di dalam dewan rakyat hari ini.

Bagaimanapun ia dianggap sebagai ’embargo’ oleh Pandikar yang tidak boleh dibaca dan dibawa keluar sehingga ia dibentangkan dan dibahaskan pada Rabu depan.

Tiada ulasan: