"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Apa di sebalik pertemuan anak Najib dengan pelakon Taiwan'

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan motif di sebalik makan malam anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin di Taiwan, bersama Celia Zhang.

Pertemuan kedua-dua mereka itu, seperti yang dilaporkan oleh majalah Apple Daily di Taiwan, diadakan ketika Najib berdepan dengan empat pertuduhan berhubung isu skandal SRC International, minggu lalu.

Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakan Nazifuddin yang didakwa meminum wain dan berhibur dengan pelakon Taiwan itu ketika bapa dan keluarganya cuba mengumpul wang bagi membayar ikat jamin bekas perdana menteri itu, Lim berkata soalan paling penting nampaknya tidak dijawap.

"Persoalannya apa tujuan Nazifuddin di Taiwan dan apa agenda seharinya itu - kerana tidak ramai yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan sehari Nazifuddin ke Taiwan adalah semata-mata hanya untuk minum wain dan makanan bersama Celia.

"Hanya Nazifuddin boleh jawab soalan ini. Adakah dia akan menjawapnya? " soal Lim dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, satu Tabung Solidariti Bebaskan Najib ditubuhkan berikutan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank bekas perdana menteri itu dan keluarganya berkaitan siasatan berterusan ke atas 1MDB.

Najib pada 4 julai lalu memohon untuk dibicarakan terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1juta.

Sejak berita pertemuan Nazifuddin dan Zhang didedahkan terdapat banyak laporan susulan, termasuk pelakon itu mendakwa dia membayar untuk makan malam mereka dan bahawa dia tidak tidur bersama anak lelaki bekas perdana menteri Malaysia itu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: