"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dilema antara visi Dr Mahathir dan Salahuddin Ayub

PHAR KIM BENG
Bagaimana Malaysia boleh memperkasakan bidang perindustrian tanpa bercanggah dengan visi Tun Dr Mahathir, inilah dilema Salahudin.

Pertembungan antara mengindustrikan negara untuk mempercepatkan pembangunan dan menghasilkan sekuriti makanan adalah dilema antara visi Tun Dr Mahathir dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang perlu diseleraskan. Penulis Malaysia Dateline, PHAR KIM BENG menganalisis isu ini.

Sekiranya ekonomi Malaysia dilihat daripada segi pencapaiannya, terutamanya sejak Merdeka, memang banyak perkara yang boleh dibanggakan.

Saiz ekonomi Malaysia telah mencecah sebanyak RM1.2 trillion – iaitu 1200 kali ganda sebilion ringgit. Tetapi, angka ini hanya lebih kurang USD300 billion, dan ia tidak boleh dipersendakan; kerana pada masa yang sama, hutang negara juga sudah pun mencapai USD250.6 billion.

Kaum Bumiputera – melalui bantuan biasiswa MARA juga telah berjaya membantu anak-anak muda Melayu menjadi para teknokrat dan ahli professional.

Malah, Felda juga merupakan salah satu peneroka tanah pertanian yang agak berjaya walaupun masih terdapat beberapa permasalahan dalam pengurusan.

Lebih penting lagi, kelas pertengahan Malaysia telah mempunyai jati diri yang jauh lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan zaman kemerdekaan dahulu.

Secara purata, pengagihan pendapatan di Malaysia setakat ini, tidak hanya mengikut kaum dan bangsa semata. Ini satu lagi petanda kejayaan yang tidak boleh dinafikan.

Tetapi, salah satu sebab mengapa Malaysia boleh memperkembangkan ekonominya dengan begitu pesat adalah kerana proses industrilisasi yang dijalankan pada penggal pertama pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1981-2003.

Berkemungkinan besar Tun Dr Mahathir juga menginginkan fasa industrilisasi yang kedua. Namun, kali ini langkah-langkah seterusnya harus dibincang dengan pakar-pakar bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Jika tidak, ketidakseimbangan akan terus menular dalam ekonomi Malaysia yang turut menjalani process urbanisasi, dan kampung serta kawasan luar bandar, yang menjadi tulang belakang sektor pertaniaan, akan terus dipinggirkan.

Sebenarnya, sektor pertanian jauh lebih lumayan dan tidak semestinya bermodal tinggi, terutamanya dalam sektor bercucuk tanam ataupun perikanan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berada dalam lingkungan tiga serta enam jam jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di Asia Timur yang pesat membangun. Bali, Hong Kong, Taipei, Macao, Beijing, Shanghai, Tokyo atau Osaka, penerbangan ke tempat-tempat ini adalah cepat dan selamat. Disitulah tempat-tempat yang berpotensi bagi pasaran barang-barang pertanian seperti perikanan dan penternakan di Malaysia.

Sekiranya zon industri halal diberi perhatian yang lebih terperinci, maka Malaysia bakal bersaing dengan Thailand – yang merupakan zon eksport bahan-bahan halal yang terbesar di dunia.

Namun, dalam pemikiran Tun, process industrilisasi masih diidam-idamkan kerana ia boleh membawa pembangunan yang cepat, dan boleh juga menjana peluang pekerjaan yang besar.

Ini merupakan salah satu dilema Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagaimana Malaysia boleh memperkasakan bidang perindustrian tanpa bercanggah dengan visi Tun Dr Mahathir?

Sudah tentunya segala perancangan terletak pada penyelidikan pemasaran (market research) yang efektif. Misalnya, Air Asia Dan MAS berpotensi untuk menjadi tulang belakang Malaysia sebagai pusat logistik perindustrian.

Setakat ini, sektor pertanian menyumbangkan 8.5 peratus kepada KDNK Malaysia. Ini merupakan hakisan perindustrian yang paling serius sejak 61 tahun dulu. Daripada jumlah 8.5 peratus ini, sekurang-kurangnya 50 peratus adalah hasil daripada kutipan perindustrian yang berasal daripada industri kelapa sawit sahaja.

Jumlah peratusan ini amatlah penting sekali kerana sekuriti pemakanan sudah dikompromi sejak dahulu. Untuk menjadi sebuah negara pengeksport yang terbesar di Asia, Malaysia harus menyelesaikan permasalahan sekuriti pemakanan dulu, sebelum ia menjadi sebuah negara yang mempunyai daulat dalam sistem pemakanan (food sovereignty).

Kedaulatan sistem pemakanan bermaksud rakyat Malaysia yang didahulukan. Selepas soal-soal kenaikan kos barang-barang pemakanan Malaysia sudah ditangani, maka barulah Malaysia boleh menjadi sebuah negara pengeksport pemakanan yang disegani.

Pada masa ini, China dan Thailand boleh membekalkan makanan kepada rakyat mereka sepanjang lapan sehingga enam bulan, itupun sekiranya mereka menghadapi krisis pemakanan sedunia, tetapi dalam kes Malaysia, Putrajaya cuma mampu bertahan selama dua hari sahaja.

Misalnya, Amerika Syarikat merupakan antara salah satu negara yang bakal mempunyai sekuriti permakanan yang mantap, iaitu daripada segi harga yang berpatutan dan stok simpanan yang sedia ada.

Walaupun Singapura tidak mempunyai tapak pertanian, tetapi negara itu mampu untuk mengimport bahan-bahan makanan ke dalam Singapura berdasarkan mata wang Singapura yang agak tinggi.

Sememangnya, kutipan yang lebih lumayan biasanya datang daripada pengeksportan industri pertanian. Matawang US dollar, dollar Singapura, Yuan Jepun dan dollar Australia jauh lebih bernilai daripada Ringgit Malaysia – tiga atau empat kali ganda.

Petani-petani Malaysia lebih tertarik dengan kebolehan dan kapasiti mereka untuk mengeksport ke negara-negara lain di merata dunia. Insentif ini harus diberikan untuk menjual kepada pasaran Malaysia dahulu. Di sini juga terdapat satu lagi dilema.

Tanpa polisi matawang ringgit Malaysia yang kukuh – dikelolakan oleh Bank Negara dan Kementerian Kewangan, nilai matawang Malaysia tidak akan naik. Bahkan ia mungkin menyusut. Sekiranya keadaan ini berterusan maka penjual-penjual dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan Malaysia akan terus memberi keutamaan untuk menjual kepada pasaran luar.

Keadaan ini amat berbeza dengan Singapura pada pertengahan tahun 1980s. Pada 1985, mantan Perdana Menteri Singapura, iaitu Lee Kuan Yew telah mengesa kerajan Singapura untuk menaikkan nilai matawang Singapura.

Polisi ini membenarkan Singapura untuk membeli barang-barang pemakanan dan perikanan dengan harga pasaran yang ditetapkan oleh dunia sejagat, tetapi dalam kes Malaysia, matawang ringgit yang rendah akan menjadi beban.

Oleh itu, jika dirumuskan, dilema Salayuddin Ayub cuma dua.

Yang pertama, bagaimana KDNK Malaysia harus mencapai kuota 30 peratus dalam soal perindustrian. Memandangkan secara purata ramai belia di Malaysia tidak berminat untuk berkecimpung dalam sektor pertanianan, penternakan dan perikanan, dan mentaliti mereka seharusnya ditukar.

Yang kedua, tanpa nilai matawang ringgit yang tinggi, insentif untuk memperkasakan industri pertanian mungkin berkurangan. Maka Malaysia harus mempunyai teknologi pertaniaan yang tinggi supaya kos pengeluaran pertanian boleh dikurangkan.

Sekiranya Salahuddin Ayub boleh menangani kedua-dua masalah ini, Kementeriannya akan lebih berjaya, dan sekali gus, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian yang strategik dalam pasaran rantau dan juga dunia.


PHAR KIM BENG pernah menjadi ketua pensyarah sejarah dan perhubungan antarabangsa di Harvard University dan Cambridge University. Beliau pernah menjadi sarjana tamu di Waseda University, Tokyo.

Tiada ulasan: