"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Nak beli durian, kenalah tahu jenisnya

FMT Reporters
Kalau mahu membeli durian jangan sekadar menuding jari sahaja.
durianfmt-ohsem-inside-article1Nampaknya, tak lama lagi kita akan memiliki buah durian pada harga emas! Ya itulah yang terjadi kepada durian Musang King (D197) apabila ia mencecah RM800 sekilogram.

Jangan risau, harga itu adalah harga pasaran di luar negara berikutan sambutan luar biasa terhadap buah itu di negara seperti China, Singapura, Hong Kong dan Australia.

Di pasaran tempatan pula, harga buah durian rata-rata sekitar harga RM60 sehingga RM100 sekilogram bagi jenis Musang King dan diakui masih terkawal buat masa ini.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Lesak Ngathinee mahu usahawan menceburi penanaman durian Musang King untuk dipasarkan di dalam mahupun di luar negara, salah satu cara menambah pendapatan dan meluaskan pasaran durian.

“Mereka berminat untuk mengusahakan penanaman durian dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan 1 hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan.

“Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya.

Selain Musang King terdapat pelbagai jenis buah durian dalam pasaran, jadi kalau mahu membeli durian jangan sekadar menuding jari sahaja.

Wajar juga kalau anda ada serba sedikit pengetahuan mengenai jenis durian sebelum membelinya. FMT Ohsem menyenarai 10 daripada beratus jenis buah durian yang biasa terdapat di pasaran.

1. Musang King

Durian Musang King buat masa ini menjadi “raja” kepada raja buah ini. Juga dikenali sebagai butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit, ulasnya yang berwarna kuning terang pasti akan memukau dalam sekali pandang. Kalau dapat durian ini, jangan lepaskan peluang memakannya. Buah ini didominasi rasa manis dan pahit tetapi sangat berkrim menjadikannya pilihan nombor satu.

2. Golden Phoenix

Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, ia bertekstur sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama dan bukan hibrid. Jadi ia memberi rasa buah durian yang sebenar dan sukar diperolehi kecuali di sebelah selatan Malaysia seperti Johor. Kalau nak makan jenis durian ini, wajiblah kunjungi dusun-dusun di Johor!

3. XO

Antara durian yang paling mudah diperolehi, dijual di semua gerai durian. Berwarna kuning pucat dengan rasa pahit dan bertekstur lembut. Ulasnya lebih kecil tetapi mempunyai isi yang tebal. Lazimnya dijual pada harga RM20 ke atas.

4. D24

Aha… nama buah berangka yang paling popular dalam kalangan penjual mahupun pembeli. Tetapi buah ini juga dikenali dengan nama Sultan berwarna kuning pucat, rasa berkrim dan juga pahit pada masa sama. Durian yang boleh dikategori sebagai jenis harga murah, sekitar RM20 ke atas ini memberi kepuasan setanding durian jenis mahal, kalau anda bertuahlah.

5. D13

Ulasnya berwarna oren, berperasa manis tetapi tidak terlalu kuat. Jenis yang kurang berbau dan mempunyai biji yang besar. Jika anda pertama kali mencuba buah durian, mungkin ini jenis buah yang sesuai. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn dan lazimnya didapati di Balik Pulau, Pulau Pinang. Berharga RM30 ke atas.

6. D101

Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, maka sesuailah bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai durian jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut. Harganya juga tidak terlalu mahal mahal lazim disimpul sebagai jenis durian yang bernilai untuk wang.

7. Udang merah atau Red Prawn

Buah ini mempunyai warna yang unik dan menawan iaitu oren kemerahan. Bukan semua yang berani mencubanya kerana rupa warna itu tetapi ia salah satu durian pilihan. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, durian ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan. Terkenal di Pulau Pinang tetapi sekarang itu turut boleh didapati di Pahang dan gerai terpilih di sekitar Lembah Klang.

9. Green Bamboo atau teka durian

Pernah lihat jenis durian yang berwarna kuning kusam dengan bayangan hijau? Maka anda sedang menyaksikan durian green bamboo atau nama lainnya, Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai durian.

9. Black Pearl

Salah sejenis durian yang mahal, sekitar RM50 ke atas. Isinya yang berwarna kuning pucat ini mempunyai rasa yang sedikit pahit, berlemak dan biji yang kecil. Durian ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.

10. Tawa D162

Ini antara jenis durian yang sukar ditemui tetapi kalau dapat, cubalah sekali. Jika dilihat, warna dan ulasnya tidaklah begitu menarik tetapi rasanya agak berbeza terutama sekali kepada mereka yang memilih rasa pahit. Lembut berkrim tetapi rasa pahitnya agak kuat dan terus mendominasi walaupun selepas makan.

*Harga yang dinyatakan adalah mengikut ukuran berat sekilogram

Tiada ulasan: