"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR menang tapi perhatikan undi penyokong PAS, kata penganalisis

Khairil Ashraf 
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata PKR sudah tentu akan memenangi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis, tapi yang lebih penting diperhatikan ialah pergerakan undi penyokong PAS.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata Pakatan Harapan akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan dapatan 4 Ogos ini boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu di masa akan datang.

“Naik atau beralih tak sokongan penyokong PAS kepada Umno? Itu yang menarik untuk dilihat,” katanya.

Meskipun pengundi Melayu membentuk majoriti, Agus tidak yakin isu kaum dan agama akan mendapat sambutan pada pilihan raya kecil ini, menyifatkan ia sebagai tidak relevan pada masa ini.

“Isu perkauman bukan isu utama yang harus dibawa dalam kempen. Di sini isu rakyat, dan isu itu rakyat yang hendak,” katanya.

Beliau berkata calon Barisan Nasional hanya mensia-siakan peluang jika menggunakan pendekatan kaum dan agama pada PRK ini.

“Dia hanya mendapat sokongan daripada satu kaum tanpa mendapat sokongan daripada kaum lain. Dia tak ke mana,” katanya.

Akhbar Singapura, Straits Times (ST) pada Jun melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya baru-baru ini, memetik kajian Merdeka Centre.

Kajian itu mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.

Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional sekarang.

Tiada ulasan: