Kow Gah Chie
PAU 2018 | Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu jelas dalam membentangkan arah haluan parti dalam memutuskan jika Umno mahu membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS dan parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Anggota Parlimen Rembau yang juga bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas mendengar Zahid menyampaikan ucapan perasmian selama dua jam pada perhimpunan agung parti itu malam tadi di PWTC, Kuala Lumpur.
"Kamu memimpin parti, perlu jelas.
"Kamu tidak boleh kata minggu lalu meneroka kerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan hari ini pula kata nak lawan, zalimlah, macam-macam.
"Saya tidak keliru. Tetapi kamu perlu jelas ke mana arah tuju parti," kata Khairy yang juga bekas calon presiden Umno itu.
Kedua-dua Umno dan PAS menjalin hubungan yang lebit erat berikutan kekalahan BN pada PRU14.
Terdahulu, Zahid berkata beliau terbuka bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan dengan sebarang parti dalam HARAPAN.
Perwakilan Pemuda Umno agak kurang senang dengan rancangan Zahid, malah Ketua Pemudanya Datuk Asyraf Wajdi membantah cubaan kembali berkuasa melalui jalan belakang.
Tadi malam, Zahid mengulang pendirian parti itu terbuka bekerjasama dengan sebarang parti tetapi tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan Umno.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan tidak bersetuju dengan Khairy.
"Keutamaan kami adalah memperkasakan parti. tetapi jika ada sebarang peluang (membentuk kerajaan perpaduan), kenapa tidak?" Katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan penubuhan kerajaan perpaduan itu perlu dilakukan secara terbuka dan bukan melalui 'cara politik kotor' dengan jalan belakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan