"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

7,105 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 7,105 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 579,462 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,068 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (817), Sarawak (703), Kelantan (531), Johor (431), Pulau Pinang (400), Negeri Sembilan (397), Perak (387), Sabah (318), Melaka (249), Kedah (236), Terengganu (198), Pahang (190), Labuan (162) and Putrajaya (18).

Tiada kes baharu direkodkan di Perlis.

Tiada ulasan: