"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iswardy Morni diburu polis

Didakwa hina Agong, pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni diburu polis

FMT Reporters

Tangkap layar video langsung dimuat naik ke laman YouTube itu.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenyataan berkenaan didakwa dibuat menerusi video secara langsung di laman YouTube rasmi miliknya semalam, Mingguan Malaysia melaporkan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar mengesahkan, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata kes itu dikendalikan oleh Unit Siasataan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Individu ini (Iswardy) sedang kita kesan,” tambahnya.

Dalam video bertajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun” itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dan kesat terhadap Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19.

Tiada ulasan: