"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Musnah pokok durian yang tunggu masa gugur, adakah ikut cara Islam?

NASUHA RAHMAN

Tindakan Jabatan Perhutanan Negeri terus memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam disifatkan satu tindakan kurang bijaksana apatah lagi dilihat satu perbuatan membazir disaat buah durian yang hanya menunggu masa untuk gugur.

Rata-rata netizen yang melihat operasi memusnahkan kebun durian musang terbabit di media sosial hari ini menimbulkan rasa marah dan mempertikaikan tindakan itu.

Satu pokok dianggarkan lebih 50 biji buah durian, jika RM100 sebiji agaknya berapa ribu ringgit sudah rugi?

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed melalui facebooknya turut mempertikaikan tindakan memusnahkan kebun durian terbabit dengan menegaskan adalah lebih baik tunggu buah durian gugur terebih dahulu barulah boleh bertindak sewajarnya mengikut undang-undang.

Misalnya kata beliau, kerajaan Pas yang dikatakan merintah cara Islam juga menegaskan seorang perempuan mengandung yang disabitkan kesalahan zina akan ditangguhkan hukuman sebat atau rejam sehingga beliau selamat melahirkan bayi tersebut dan sehingga bayi itu pandai makan sendiri, baru hukuman dilaksanakan.

Jadi katanya, dalam isu pokok durian Musang King yang ditebang ketika sedang berbuah dan sudah hampir luruh adakah tindakan ini mengikut Islam.

“Atau abaikan apa yang Islam kata dalam bab ni asalkan Melayu berkuasa?

“Saja nak tanya sesuai atau tidak dengan Islam, jangan pula kata saya nak bela Dap… budak budak Pas, konar ikut tu selalu!” kata beliau.

Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin melalui facebooknya Hapiz Kodiang berkata memusnahkan tanaman tidak sah yang sedang mengeluarkan hasil, oleh pemilik asal berkait dengan kebijaksanaan dan hati budi manusiawi. 

Kata Dr Hapiz, oleh kerana pemilik adalah kerajaan, maka setiap tindakannya mestilah berasaskan kebijaksanaan terutama pada insiden yang berlaku sejak 60 tahun lamanya.

“Begitu juga, memberi suapan kepada pihak tertentu untuk melepaskan pencerobohan tanah milik kerajaan adalah haram,” katanya.

Sebab itu, jelasnya kesalahan dan jenayah kena cantas sedari awal, bukan dibiar membusung menjadi barah baru diambil tindakan.

“Kesian kepada anak cucu cicit kedua-dua pihak yang dapat terkemudian.

Ada yang mencadangkan kerajaan negeri Pahang merampas kebun durian itu sebagai hak kerajaan dan diletakkan di bawah syarikat negeri.

“Tak pasti kenapa mesti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tebang pokok durian Musang King lebat berbuah seluas 101 hektar dekat Hutan Simpan Batu Talam.

“Tak bolehkah rampas dan wartakan sebagai hak Kerajaan negeri kemudian letakkan dibawah anak syarikat kerajaan negeri untuk jaga.

“Lebih 10 tahun lalu, waktu 20 pekebun mengusahakan kawasan itu, kenapa kerajaan tutup mata?

“Kini bila dah ada hasil, durian Musang King pun mula gugur kenapa mesti tebang?

“Tiada jalan penyelesaian lain kah? soal Fadzil Haji Aziz di facebooknya.

Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan Perhutanan Pahang yang bertindak pantas kerana dibimbangi ada yang memakan hasil haram jika ia tidak dimusnahkan.

Difahamkan kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd, Hizamri Mohd. Yasin berkata, operasi memusnahkan kebun haram durian melibatkan pelbagai agensi berkaitan itu bermula semalam sehingga 2 Ogos depan di kawasan hutan simpan berkenaan.

Tiada ulasan: