"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Enam pemain badminton negara disahkan positif COVID-19

Khairunnisa Kasnoon

KUALA LUMPUR: Enam pemain badminton negara yang kembali dari Kejohanan Antarabangsa Sepanyol 2021 disahkan positif COVID-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Facebook rasminya bagaimanapun memaklumkan, pemain berkenaan tidak pernah ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak kembali dari kejohanan terbabit.

Malah, menurut BAM mereka juga tidak berhubung dengan pemain kebangsaan yang sedang melakukan persiapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo.

"Sebaik kembali ke Malaysia, enam pemain berkenaan menjalani kuarantin wajib seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Selepas didapati positif, mereka berkenaan dihantar ke pusat kuarantin dan tidak mengalami sebarang gejala," ujar kenyataan itu.

Jelas BAM, enam pemain terbabit hanya akan kembali ke ABM setelah pemain yang akan menyertai Olimpik Tokyo berangkat ke Jepun.

Skuad badminton Olimpik negara yang diketuai pembawa Jalur Gemilang, Goh Liu Ying akan bertolak ke Tokyo pada 17 Julai ini.

Tiada ulasan: