"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja 20 tahun, menyamar sebagai doktor ditahan

Patutlah doktor muda sangat, menyamar rupanya

Mohd Roji Kawi

Kuching: Selepas 16 hari menyamar sebagai doktor, seorang lelaki berusia 20 tahun akhirnya ditahan polis, awal bulan ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki terbabit yang menyamar sebagai doktor dari Hospital Umum Sarawak (HUS) ditahan pada jam 3 petang, 1 Julai lalu.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerima maklumat daripada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Lelaki terbabit ditahan polis di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan, di Petra Jaya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Ketika ini, pihak pendakwa masih menunggu laporan akhlak suspek dan kes itu akan disebut di Mahkamah Majistret Kuching, 17 Ogos ini.

Difahamkan, lelaki itu menyamar sebagai seorang doktor dan 'bertugas' di PPV Stadium Perpaduan sejak 16 Jun hingga 1 Julai lalu.

Suspek memiliki cop, kad nama, peralatan perlindungan peribadi serta peralatan perubatan.

Penyamarannya terbongkar apabila beberapa doktor lain yang bertugas di PPV itu menyedari usia suspek terlalu muda untuk menjadi doktor.

Tiada ulasan: