"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan Umno tarik sokongan pasti, PN boleh rebah bila-bila

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata, kerajaan Perikatan Nasional (BN) boleh tumbang pada bila-bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Putrajaya adalah pasti.

Katanya, Umno sedang menunggu MKT memuktamadkan keputusan berkenaan.

“Memang ada yang risau Umno ‘pull the plug’. Mereka ini sama ada di dalam atau di luar Umno risau hilang jawatan dan keistimewaan.

“Keistimewaan yang paling penting ialah perisai daripada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, keputusan itu sudah lama dinantikan memandangkan usul menarik sokongan itu diluluskan sebulat suara semasa Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lau.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa ahli tidak berpuas hati dengan langkah itu, khasnya mereka yang tidak mahu pentadbiran PN tumbang.

“Mereka akan ‘spin’ kononnya rakyat marah. Mereka tuduh Umno gila kuasa.

“Tetapi mereka lupa, Umno sokong Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri walaupun dia terlibat dengan Dr Mahathir Mohamad yang menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.”

Beliau berkata, tiada sebab untuk marah dengan Umno kerana ia membenarkan ahlinya dilantik sebagai menteri tanpa mengikut hierarki parti dan PN diberi peluang mentadbir kerajaan selama 15 bulan.

Katanya, Umno perlu meninggalkan “kerajaan yang tidak cekap” disebabkan dasar dan caranya terbukti salah.

“Bukan Umno sahaja yang kata kerajaan PN gagal, tetapi semua pihak, termasuk rakyat. Sebab itu keputusan Umno adalah tepat.”

Semalam, Ahli Parlimen Umno, anggota Kabinet dan pemimpin lain mengadakan pertemuan sepanjang hari. Pada mulanya di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sebelum kumpulan lebih kecil pemimpin berhimpun di Menara Perwira dekat Kementerian Pertahanan.

Difahamkan, perbincangan dalam pertemuan itu berkisar mengenai rancangan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sumber dilaporkan semalam berkata, dua menteri Umno dikatakan bersetuju dengan cadangan parti itu keluar daripada kerajaan PN sebelum 1 Ogos dan sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen yang juga Ahli MKT turut bersetuju berbuat demikian.

Tiada ulasan: