"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lantikan TPM: 'Tunggu mesyuarat malam ini'

Malaysiakini 

Bekas perdana menteri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein atas pelantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kanan.

Bagaimanapun, kata anggota parlimen Pekan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno juga akan membuat keputusan malam ini.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman TPM dan menteri kanan baru pula.

“Seperti bagi menteri-menteri, pelantikan baharu ini bawah bidang kuasa khusus PM8. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini,” katanya.

Setakat ini belum jelas sama ada Umno akan membenarkan dua pemimpinnya menerima lantikan itu.

Ketua pemudanya Asyraf Wajdi Dusuki pagi tadi meminta orang ramai tidak percaya pada dakwaan Umno melobi jawatan timbalan perdana menteri.

“Majlis Kerja Tertinggi Umno telah putuskan untuk tidak terima jawatan TPM jauh sekali untuk melobi,” katanya di Facebook.

Isham Jalil: Ketidakstabilan mungkin lebih teruk

Sementara itu, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata ketidakstabilan politik tidak akan banyak berubah atau lebih teruk jika Umno menerima lantikan sebagai TPM.

“Umno akan masih perlu tunduk kepada Bersatu yang gagal mentadbir negara, malah akan timbul masalah dalaman dalam Umno yang akan menyebabkan perpecahan,” katanya.

“Dan dasar-dasar kerajaan PN yang gagal akan berterusan, dan rakyat yang akan terus menanggung sengsara ke atas kegagalan dasar-dasar ini.”

Tiada ulasan: