"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesawat Russia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang

Reuters

MOSCOW: Sebuah pesawat AN-26 Russia dengan 28 orang penumpang dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka di timur Russia, kata pihak berkuasa hari ini.

Pesawat itu yang dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana di bahagian utara semenanjung, terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara, kata bahagian kecemasan dan pemulihan bencana negara itu dalam satu kenyataan.

Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan dalam perjalanan ke kawasan itu.

Laporan awal menyatakan terdapat 22 penumpang dan enam anak kapal berada dalam penerbangan tersebut.

Agensi berita Rusia Interfax memetik pusat meteorologi tempatan melaporkan cuaca mendung di kawasan terbabit semasa kejadian.

-Astro Awani 

Tiada ulasan: