"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno dedah 11 MP sedia tarik diri jika diarahkan, 8 lagi enggan letak jawatan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pemimpin Umno mendakwa 11 Ahli] - Parlimen parti itu yang kini menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri di dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk meletakkan jawatan sekiranya ada arahan dikeluarkan oleh parti.

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Zaharin Mohd Yasin itu juga menyenaraikan lapan menteri dan timbalan menteri parti itu yang akan terus menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan dipecat keahliannya.

“Ini senarai menteri, timbalan menteri bersetuju (dengan) keputusan parti jika ada arahan letak jawatan.

“Sumber yang boleh dipercayai. Senarai Ahli Parlimen akan diberi kemudian. Mesyuarat Majlis Tertinggi hari Jumaat atau Sabtu akan membuat pengesahan,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook petang tadi.

Antara 11 nama yang dikatakan akan akur jika diminta meninggalkan PN:

1. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

2. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

3. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Nasarah

4. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

5. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique

6. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

8. Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah

9. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Abdul Rahman Mohamad

10. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ismail Mutalib

11. Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad.

Manakala lapan yang dikatakan kekal dalam PN dan akan dipecat keahlian dari Umno ialah:

1. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein

2. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Ismail Mohd Said

5. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah

6. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin

8. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datin Mastura Yazid

Tiada ulasan: