"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

400 doktor berhenti kerja sejak Januari

Malaysiakini 

Seramai 400 orang doktor kontrak di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang mengambil keputusan untuk berhenti sejak Januari lalu dan lebih ramai lagi merancang berbuat demikian akibat terlalu 'penat' dan soal jaminan pekerjaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan sebahagian besar pegawai perubatan berkenaan meletak jawatan kerana tidak mampu lagi menanggung beban dan tekanan.

Lebih ramai lagi doktor kontrak mungkin berhenti kerana permohonan mereka untuk diserapkan ke jawatan tetap tidak dipedulikan, katanya.

"Mereka letak jawatan kerana tidak boleh bekerja akibat terlalu letih. Bahkan, mereka tidak melihat ia akan mendatangkan sebarang faedah kepada diri dan masyarakat. Itu yang boleh mendatangkan tekanan kepada mental.

“Hospital-hospital di sekitar Lembah Klang menghadapi jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu tinggi.

"Mereka bekerja tanpa rehat yang cukup sehinggakan mereka menjadi letih dan fed up,” katanya seperti dipetik Utusan Online.

Sejauh ini, beberapa doktor menggunakan media sosial yang mengesahkan bahawa beberapa doktor di Lembah Klang mengundurkan diri kerana mereka dibebani oleh beban kerja yang luar biasa.

Pada masa ini terdapat 23,000 doktor kontrak yang berkhidmat di hospital awam di seluruh negara.

Pada 26 Julai lalu, ratusan doktor kontrak di seluruh negara melancarkan mogok untuk menuntut jaminan keselamatan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik.

Ini walaupun mendapat ancaman tindakan tatatertib daripada pihak atasan mereka.

Doktor kontrak junior kerajaan berisiko kehilangan pekerjaan setelah tamat latihan selama lima tahun di hospital kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah menggesa kerajaan untuk meminda Akta Pencen supaya doktor kontrak dapat diserap ke jawatan tetap dalam masa dua tahun.

Tiada ulasan: