"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima petua guna limau kasturi untuk kesihatan badan

Astro 

Rasa

Lima petua guna limau kasturi untuk kesihatan badan

Perkongsian daripada Leha Yusuf ini, sangat membantu dalam menjaga kesihatan. - Gambar hiasan

SELAIN daripada penyedap makanan, banyak petua orang dulu-dulu menggunakan limau kasturi untuk kesihatan badan.

Perkongsian daripada Leha Yusuf ini, sangat membantu dalam menjaga kesihatan.

Berikut merupakan lima petua menggunakan limau kasturi.

Lima petua guna limau kasturi

1. Hilangkan batuk

Campurkan limau kasturi bersama kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Mudah-mudahan, batuk akan beransur pulih

2. Hilang sakit kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga airnya keluar.

Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

3. Mengurangkan lelah

Ambil sesudu madu, kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan lima titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami gejala lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

4. Menghilangkan bau badan

Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian.

Manakala, cara kedua, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.

5. Turunkan berat badan

Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari.

Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan mudah-mudahan, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Kredit petua: Leha Yusuf

Tiada ulasan: