"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hina MB Kedah, 2 lagi ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan di Alor Setar selepas didakwa mengaibkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor melalui Facebook (FB), baru-baru ini.

Terdahulu, seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditahan di Lenggeng, Negeri Sembilan, pada 3.57 pagi semalam kerana didakwa mengaibkan Sanusi menerusi satu video yang tular di FB sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata suspek terbabit yang berusia 52 dan 45 tahun ditahan di Kepala Batas dan Mergong Perdana, semalam.

Katanya, seorang Pegawai Khas Menteri Besar membuat laporan berhubung komen negatif dan jelik di FB milik pemimpin itu di Balai Polis Alor Setar pada 10.30 pagi semalam.

“Polis menahan dua lelaki terbabit pada 5.15 petang dan 6 petang untuk membantu siasatan. Mereka diberi jaminan polis selepas keterangan diambil semalam,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek terbabit tidak memiliki rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tiada ulasan: