"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Insaflah wahai pemimpin’, Sultan Johor kecewa perebutan kuasa ketika rakyat dalam kesusahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin yang berebut kuasa dan mengganggu kerajaan di saat rakyat dalam kesusahan berdepan wabak Covid-19.

Baginda menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin Melayu supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Dialah (Allah) yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

“Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air,” titah baginda di Facebooknya.

Sultan Ibrahim berkata, sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat bukannya berebut kuasa dan kedudukan.

Tiada ulasan: