"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes selebriti dikait ‘bapa ayam’: Polis hantar kertas siasatan esok

Bernama

KUALA PILAH: Kertas siasatan terhadap seorang selebriti yang dipercayai terlibat dengan kes pemerdagangan manusia akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya esok untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Amran Mohd Ghani, berkata setakat ini beberapa saksi sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

“Siasatan sedang dilengkapkan dan apabila selesai, kita akan rujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan berikutnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penahanan seorang selebriti lelaki berusia 40-an pada 1 Ogos bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar negeri ini.

Selebriti itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari.

Susulan penahanan tersebut, polis menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dan mendapatkan perintah perlindungan sementara untuk menempatkan mangsa di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Sabtu lalu, seorang lagi suspek lelaki berusia lingkungan 30-an turut direman hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Amran berkata, kes disiasat bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: