"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita disambar buaya ketika memancing ditemui

FMT Reporters

Menurut pasukan SAR, tubuh mangsa ditemui dalam keadaan kurang sempurna. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan, ditemui awal pagi tadi.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), pada 6.35 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya, menurut Harian Metro.

Dalam kejadian 3.40 petang semalam, mangsa dilaporkan memancing di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar reptilia itu.

Tiada ulasan: