"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Individu maut jatuh di Suria KLCC

Malaysiakini 

Seorang individu yang tidak dikenali telah meninggal dunia di pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur malam ini, menurut laporan berita.

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mayat manusia dalam keadaan bertutup.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata polis sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu atau tidak.

Menurut China Press, kejadian itu berlaku pada 9.30 malam dan individu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Selaras dengan garis panduan pelaporan media mengenai bunuh diri, Malaysiakini tidak melaporkan butiran bunuh diri atau disyaki bunuh diri.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih

Hotline: 15999

Tiada ulasan: