"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Elak duit kena ‘telan’, ini rahsia bank yang pengguna perlu tahu

FAZLI RADZI

Pakar kewangan menerusi saluran Financial Faiz mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak bank demi mengelak duit kena ‘telan’.

Antaranya, jika mahu buka akaun simpanan, biasanya pengguna akan ditawarkan regular savings account.

“Regular savings account ini tak adalah masalah besar sangat, cuma nak buka akaun itu anda kena deposit RM250. Tak bestlah terutama untuk budak-budak muda yang baru nak mula kerja.

“Walaupun duit itu anda boleh keluarkan serta-merta, kenapa anda nak buat macam itu kalau anda boleh buka basic saving account?” soalnya.

Selain itu, beliau berkata, bank suka jual insurans dengan pegawai bank yang menjual produk-produk bank mempunyai KPI tertentu.

Sehubungan itu, nasihatnya, orang ramai tidak boleh berharapkan orang lain untuk menjaga duit masing-masing.

“Jadi, bila anda ambil produk-produk bank, contohnya nak beli rumah, anda kena hati-hati. Anda kena tahu apa yang dia tawarkan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan lebih baik pengguna menyimpan lebihan wang dalam ASB memandangkan pulangan bank adalah rendah.

“Letak setakat RM10,000 cukuplah. Kalau ada lebih, letak dalam ASB, itu lebih baik,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: