"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesawat terbang rendah, langgar tiang lampu

Balqis Jazimah Zahari

am@hmetro.com.my

 LOKASI pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng. FOTO Balqis Jazimah Zahari

LOKASI pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng. FOTO Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: "Saya nampak pesawat berkenaan terbang rendah dan terus melanggar tiang lampu berhampiran kunci air sebelum jatuh terhempas," kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini, malam ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, ketika kejadian dia baru keluar daripada stesen minyak berhampiran kira-kira 8.15 malam dan terkejut melihat pesawat terbang terlalu rendah seperti hendak terhempas.

"Saya baru sahaja selesai mengisi minyak motosikal dan sebaik keluar daripada ke jalan raya saya melihat satu pesawat terbang terlalu rendah dan berbunyi pelik seakan kehabisan minyak.

"Melihat keadaan itu saya terus membuat pusingan U di bulatan di situ untuk melihat ke arah pesawat itu kerana ketika itu saya fikir pesawat itu seperti hendak terhempas.

"Selang tak lama selepas itu saya melihat pesawat itu terus melanggar tiang lampu berhampiran kunci air, salah satu sayap terpatah sebelum berpusing dan jatuh terhempas menjunam ke bawah melekat pada tiang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Menurutnya, sebaik menjadi saksi kejadian dia terus menghubungi 999 dan beberapa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

Penduduk rumah berhampiran lokasi kejadian, dikenali sebagai Haizad, 22, berkata, dia yang berada di rumah ketika kejadian terkejut mendengar sesuatu bunyi hentaman kuat luar biasa sekitar 7 malam.

"Saya yang sedang duduk-duduk di rumah terkejut apabila terdengar bunyi hentaman yang sangat kuat, saya fikir mungkin kemalangan biasa dan tidak terus keluar rumah untuk melihat.

"Agak lama kemudian baru kawan saya memaklumkan melalui WhatsApp berkenaan ada pesawat terhempas, selepas melihat gambar barulah sedar kejadian sangat dekat dengan rumah," katanya.

Malam ini Harian Metro melaporkan, seorang lelaki maut, seorang lagi selamat dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, dalam kejadian 8.10 malam itu, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, Semenyih, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 62 tahun cedera.

Tiada ulasan: