"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat ditemukan dalam perut ular sawa

Agensi

MAYAT Zahara ditemukan di dalam perut ular sawa terbabit. FOTO Agensi

MAYAT Zahara ditemukan di dalam perut ular sawa terbabit. FOTO Agensi

Jakarta: Kehilangan seorang penoreh getah akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemukan penduduk kampung di dalam perut ular sawa sepanjang enam meter (m), Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Zahara, 52, seorang penoreh getah tinggal di daerah Tanjung Jabung Barat, dilaporkan hilang sejak Ahad.

"Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini (semalam) kami temui Zahara di dalam perut ular itu," kata seorang penduduk Desa Terjun Gajah, melalui telefon.

Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.

Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan.

Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam m.

"Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara," kata Birin.

Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang.

Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina.

"Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar. Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan m tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin.

Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar.

Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk.

Tiada ulasan: