"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing ditahan pukul lelaki tempatan, seorang lagi diburu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga asing ditahan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur kelmarin kerana disyaki memukul seorang warga tempatan pada 17 Okt lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa patah tulang hidung selepas ditendang dan ditumbuk dua lelaki bertubi-tubi kerana tidak sengaja terlanggar seorang kanak-kanak ketika memandu di jalan berhadapan tol keluar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, suspek ditahan pada 2.22 petang Ahad lalu dan serangkai anak kunci kereta dirampas.

“Dua lagi barangan milik mangsa, iaitu alat kawalan jauh dan sehelai seluar jeans berwarna hitam yang digunakan mangsa ketika kejadian turut dirampas.

“Suspek warga asing berusia 31 tahun berkenaan mengaku menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi bersama seorang lagi rakannya masih bebas kerana mangsa melanggar seorang kanak-kanak yang merupakan anak jiran teman wanitanya,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, suspek juga mengaku merampas kunci kereta mangsa dan membuangnya di kaki lima pasar borong.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dia direman lima hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Polis giat mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan orang awam mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sentul 03-40482222.

Tiada ulasan: