"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekumpulan budak berlegar di stesen minyak, minta duit pada orang siap ugut guna pedang mainan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Sekumpulan kanak-kanak lelaki dilihat berkeliaran di sebuah stesen minyak dan meminta duit dari orang ramai dengan cara mengugut menggunakan pedang mainan.

Situasi tersebut berjaya dirakam orang awam yang memberitahu kanak-kanak berkenaan pada awalnya meminta RM10 untuk membeli makanan.

Mereka dilihat menghampiri seorang pemandu lori dan meminta wang dari lelaki berkenaan.

Selepas percubaan berjaya, mereka beralih pula kepada orang awam lain dan meminta duit sambil ramai-ramai menunjukkan pedang di hadapan muka.

Menerusi kapsyen pemilik video berkenaan yang kemudian tersebar hingga ke Twitter, kumpulan budak lelaki itu dikatakan dihantar untuk meminta sedekah.

“Golongan kanak-kanak dihantar minta sedekah,” tulisnya.

Bagaimanapun belum jelas bagaimana kumpulan budak lelaki ini boleh berlegar tanpa kawalan ibu bapa di kawasan stesen minyak berkenaan sehingga mengundang kebimbangan orang ramai.

Tiada ulasan: