"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi bertanding di Gombak?

 BH online 

KUALA LUMPUR: PKR dijadual mengumumkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Taman Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Taman Kosas, Ampang, Jumaat depan.

Pengumuman dijangka dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Rafizi Ramli pada jam 8.30 malam.

Difahamkan, senarai calon parti sedang dikemas kini oleh Rafizi bersama barisan Naib Presiden PKR.

Rafizi sebelum ini dilaporkan berkata, kredibiliti, kepelbagaian dan kepakaran profesional dalam kalangan calon akan membezakan PKR dengan parti lain.

Sebelum ini, wujud desas-desus Rafizi akan bertanding di Gombak dan ia diperkuatkan selepas Anwar yang sebelum ini dikatakan akan menentang Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beralih ke Parlimen Tambun, Perak.

Mohamed Azmin sebelum ini mencabar Anwar bersemuka dengannya di Gombak pada PRU15, selain turut mengalu-alukan isteri atau anak perempuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencabarnya di kawasan berkenaan.

Mohamed Azmin adalah Timbalan Presiden PKR sebelum menyertai BERSATU dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Pada Februari 2020, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu mengetuai 10 Ahli Parlimen meninggalkan PKR, sekali gus menyebabkan kejatuhan PH selepas menerajui kerajaan selama 22 bulan.

Selain Gombak, timbul spekulasi Anwar akan bertanding di Parlimen Ampang untuk mencabar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga antara 10 Ahli Parlimen PKR menyertai BERSATU.

Tidak lama selepas menyertai BERRSATU, Zuraidah yang juga penyandang kerusi Parlimen Ampang itu bagaimanapun meninggalkan parti berkenaan dan menganggotai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum dilantik ke jawatan Presiden pengganti.

Desas-desus itu timbul selepas Anwar sebelum ini, dilapor mahu bertanding di kerusi pengkhianat.

Bagaimanapun, Zuraida dikatakan akan mempertahan kemenangannya di Ampang dan dijangka berdepan pencabarnya, Rodziah Ismail daripada PKR.

Tiada ulasan: