"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Universitas Gadjah Mada kemukakan bukti, calon BN Pengkalan Chepa sah belum lulus pengajian, ijazah palsu

NASUHA RAHMAN

Universitas Gadjah Mada (UGM) telah mengemukakan bukti bahawa calon BN Pengkalan Chepa Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimiliki beliau adalah palsu.

Rentetan pendedahan yang dibuat oleh Liyana Marzuki di facebooknya beberapa hari lalu, hari ini beliau telah mendapat penyataan rasmi daripada Universitas Gadjah Mada Indonesia.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya.

“Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

“Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini belum lulus pengajian,” katanya.

Semalam, melalui dada akhbar, calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa telah mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Namun, penyataan tersebut tidak disertakan apa-apa bukti atau penyataan khas dari pihak Universiti. Setakat ini hanya bukti hearsay atau cakap-cakap kosong daripada dia.
Dengan ini, Liyana menggesa calon ini agar berterus terang kepada rakyat dalam masa 24 jam.

“Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.

“Saya selalu percaya, the power in people is greater than the people in power.

“Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang pilihanraya dan memerintah kita,” katanya.

Sebelum ini ada warganet mempersoalkan kelayakan calon yang dikemukakan BN bagi cuba merampas kerusi Pengkalan Chepa di Kelantan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kelulusan akademiknya. Dia dikatakan memiliki ijazah muda perubatan dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Gadjah Mada di Indonesia.

Sesetengah pihak juga mempertikaikan penggunaan gelaran “Dr” pada namanya selepas semakan pada pangkalan data Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mendapati tiada namanya didaftarkan.

Tiada ulasan: