"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bas bawa penuntut universiti terbalik di Tanjung Malim

BERNAMA

KEADAAN bas yang terbalik  di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim. FOTO Ihsan Pembaca

KEADAAN bas yang terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim. FOTO Ihsan Pembaca

Ipoh: Sebuah bas membawa kira-kira 60 penuntut universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

"Kemalangan membabitkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya sudah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

Tiada ulasan: