"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini baru tepat dengan peribahasa Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum

‘Tapau’ semua parti-Indentiti lelaki ini buat netizen keliru, ada yang kecam sambil gelak

NASUHA RAHMAN

‘Tapau’ semua parti, itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang pemuda yang tampil dalam majlis penamaan calon hari ini di mana beliau mengenakan baju t-shirt dari 3 buah parti yang bertanding.

Dengan menyatakan ‘hadir’ di status Facebook Nur Hadi Mohamad berkongsi gambar-gambarnya menyertai perarakan tiga buah parti yang bertanding.

Beliau mengenakan baju t-shirt lambang Pakatan Harapan dan bergambar dengan perarakan calon Harapan, manakala beliau pula memakai baju Perikatan Nasional kemudian dia mengenakan baju BN bersama kumpulan perarakan BN.

Mengenakan baju yang berlainan lambang membuatkan netizen keliru dengan identiti lelaki tersebut ada yang kecam selebihnya ada yang gelak.

Bahkan ada yang menyifatkan perbuatan lelaki ini semata-mata mahu mengambil baju daripada ketiga-tiga parti itu.

“Cilake semua baju dia ambik hahaha,”komen Abdul Majid Abd Aziz.

“Berapa lah dia dapat dari setiap pondok panas parti,” komen Ashraff Nazrin.

Ada juga yang kecam sambil meletakkan emoji gelak.

“Kau ni dah talam muka berapa ni, dik? Hahaha,” komen Zaharah Mohammad.

“Jilaker mkn keliling,” komen pula Akob.

“Siapa pun menang, dia tetap untung. Begitulah ciri2 munafikun,” kata Syahir Syahadah.

“Inilah yang dimaksudkan dengan peribahasa Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum,” kata Hassan Al Fateh.

Tiada ulasan: