"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar yakin PH kuasai majoriti mudah pada PRU15

Bloomberg

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) yakin menguasai majoriti mudah walaupun berdepan saingan banyak penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya sudah berada di lapangan dan ia merupakan pertandingan sengit,” kata Anwar, 75, dalam wawancara bersama Bloomberg TV, hari ini.

“Namun, kami mampu bergerak masuk ke kawasan nusa teras pedalaman untuk mendapat majoriti mudah.”

PH fokus untuk membanteras rasuah, selain memperkasa firma kecil dan sederhana di negara ini, berbanding hanya menumpukan kepada syarikat konglomerat, kata Anwar.

Rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 Nov. PRU15 menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru di hampir 222 kerusi Parlimen, sekali gus mengundang kemungkinan gabungan baharu perlu dilakukan bagi pembentukan kerajaan baharu.

PH mengemukakan calon teramai di 206 kawasan, diikuti parti pemerintah, Barisan Nasional di 178 kawasan dan Perikatan Nasional di 149 kawasan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiada ulasan: