"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketika 16 stesen LRT ditutup 7 hari, mana Wee Ka Siong dan Tg Zafrul?

BORHAN AHMAD

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz didesak supaya turun segera ke tapak masalah LRT di Kuala Lumpur.

Ini berikutan penutupan 16 stesen LRT selama tujuh hari berturut-turut untuk laluan Kelana Jaya yang mengakibatkan ribuan penumpangnya terjejas.

Calon Pakatan Harapan Petaling Jaya, Lee Chean Chung dalam sidang medianya hari ini berkata, penutupan LRT ini selama tujuh hari sangat menyusahkan pengguna.

“Bila saya ke Lembah Subang, ramai sangat penumpang yang terjejas dan terpaksa menunggu pengangkutan awam yang lain sehingga tengah malam.

“Bila saya ke stesen Asia Jaya, perkara yang sama berlaku.

“Saya rasa Wee Ka Siong dan Tengku Zafrul perlu berhenti kempen sekejap, datang sini dan selesaikan segera masalah ini,” kata beliau.

Syarikat yang menguruskan LRT terletak di bawah Kementerian Kewangan iaitu di bawah Prasana.

“Saya menuntut CEO syarikat yang menguruskan LRT ini meletakkan jawatan berikutan apa yang berlaku ini,” kata beliau dalam sidang media pagi kini.

Tiada ulasan: