"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Takiyuddin: Shahidan, Ismail belum jadi ahli PAS

Bernama

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Arau, Shahidan Kassim dan Ismail Abdul Muttalib (Maran) belum menjadi ahli PAS biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata undang-undang pilihan raya tidak menetapkan calon yang bertanding perlu menjadi ahli sesebuah parti.

“Kita telah mengizinkan calon bukan ahli PAS seperti di Parlimen Arau (Shahidan) untuk bertanding. Kita juga mengeluarkan watikah untuk menggunakan logo PN di atas kuota PAS, begitu juga Parlimen Maran (Ismail) untuk bertanding atas tiket kita.

“Setakat ini, mereka belum menjadi ahli PAS dan undang-undang PRU tidak semestinya menjadi ahli. Dalam konteks ini, PAS membenarkan calon menggunakan logo PAS sebagai memenuhi syarat untuk diterima pencalonan,” katanya pada sidang media PN Kelantan.

Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu berkata, keahlian bekas penyandang kerusi Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali dan bekas penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi gugur secara automatik kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Fasal 15 (1c) perlembagaan PAS, iaitu mengisytiharkan diri keluar PAS atau menyertai parti lain.

“Jadi, mana-mana ahli PAS yang melakukan tindakan sedemikian dianggap terhenti menjadi ahli PAS dan tidak perlu dipecat lagi. Kita hanya perlu memaklumkan kepadanya saja.”

Tiada ulasan: