"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tu dia punya terdesaknya Zahid macam-macam ditawarkan jika BN menang PRU15

Pendidikan tinggi percuma, jika BN menang PRU15

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Setiap pelajar B40 layak mendapat pendidikan tinggi percuma, jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan, ikrar Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Semasa mengumumkan manifesto BN, Zahid juga berjanji akan menghapuskan buku teks dalam sistem pendidikan sebagai sebahagian daripada pendigitalan sistem persekolahan.

“Untuk itu, dua inisiatif besar BN untuk perkara ini adalah memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100% liputan internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan,” katanya.

Tiada ulasan: