"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: Beza pandangan baik demi elak ‘yes man’

Reshna Reem Ganesan

KUALA LUMPUR: Perbezaan pandangan dalam parti disifatkan penting bagi mengelak “yes man”, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Katanya, ramai orang terlalu cepat membuat tanggapan parti berpecah hanya kerana beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.

“Orang akan kata kita tidak berdisiplin dan kita tak boleh bekerjasama. Tapi, ia tidak benar,” katanya dalam jelajah Ayuh Malaysia, di sini semalam.

Pada Khamis, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, menggesa Rafizi berhenti bercakap kepada umum berhubung proses pemilihan calon parti selepas Rafizi menyatakan beliau dan Anwar mempunyai perbezaan pandangan berhubung pemilihan calon.

Rafizi berkata, kerajaan yang tidak berfikiran terbuka akan menjadi seperti pentadbiran bekas perdana menteri, Najib Razak, yang mana beliau menyifatkan “terdiri daripada ramai yes man”.

Beliau mendakwa “Najib mencuri berbilion ringgit” dan tiada seorang pun dalam kerajaannya berani mengatakan apa-apa.

Rafizi berkata, perbezaan pandangan penting bagi pertumbuhan dan menjadi sebab Pakatan Harapan (PH) memilih calon individu berkemahiran yang tidak takut mempersoalkan sesuatu perkara.

“Ini adalah cara terbaik demi memastikan kita tidak jatuh dalam tabiat lama Najib,” katanya.

Tiada ulasan: