"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang ejen yang meminta rasuah RM18,000 untuk “menyelesaikan” kes seorang pelancong asing tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Sumber badan anti-rasuah itu berkata pihaknya telah mengenal pasti orang tengah terbabit untuk membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini. Setakat ini tiga keterangan saksi termasuk menteri terlibat dan dua orang saksi utama warga China telah diambil.

“Beberapa orang pegawai imigresen terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan hari ini,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mengakui beliau ialah menteri dikaitkan dengan kejadian kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan dibuat mengikut seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan.

Tiada ulasan: