"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Insiden di KLIA, Tiong

FMT Reporters

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Tiong King Sing akan menjelaskan lebih terperinci berhubung kekecohan membabitkan dirinya di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Zahid berkata beliau berbincang mengenai perkara itu dengan Tiong dan beberapa perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kerana Jabatan Imigresen adalah di bawah kementerian itu.

“Masalah seperti ini seharusnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik melalui sistem pentadbiran yang sedia ada.

“Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, dan beliau (Tiong) sudah pasti akan menjelaskan perkara ini,” katanya menurut Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Kuching.

Jumaat lalu, Tiong mengakui beliau adalah menteri dilapor mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang wanita warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Katanya, wanita itu ada memaklumkan ada pegawai bertanya “bila wang mahu dibayar” merujuk kepada sogokan.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu, turut mendakwa ada pegawai meminta sekurang-kurangnya RM3,000 untuk dikeluarkan daripada tahanan, RM3,000 lagi jika ingin masuk semula, selain RM12,000 bagi kos memproses visa.

Tiada ulasan: