"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi ramal pertembungan sengit di Kedah pada PRN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi gambaran Kedah sebagai ‘medan sengit’ dalam usaha merampas negeri itu daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, sokongan Melayu di selatan Kedah majoritinya memihak kerajaan perpaduan, manakala sebaliknya di bahagian utara.

Katanya, data saintifik keputusan PRU15 dan kaji selidik setiap bulan menunjukkan majoriti pengundi Melayu di Kelantan dan Terengganu juga tidak memihak kerajaan perpaduan, namun sudah ada peralihan ketara sokongan daripada PN.

Menurutnya, sokongan Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, majoritinya memihak kerajaan perpaduan.

Katanya, cakap-cakap pengundi Melayu akan lebih memilih Perikatan Nasional (PN) menjadi “satu-satunya” modal dimiliki gabungan itu.

Rafizi juga menolak kehadiran digambarkan ramai dalam majlis dan ceramah sebagai penanda aras sokongan kepada PN.

“Malah, sejak enam bulan lalu berdasarkan data bulanan tahap sokongan rakyat, memang ada peralihan undi Melayu di Semenanjung kepada kerajaan perpaduan itu lebih nyata di kalangan pengundi muda dan pengundi atas pagar.

“Saya faham itu (ramalan sokongan pengundi Melayu) satu-satunya modal yang PN ada, namun saya yakin apabila perkara ini kami jelaskan, pengundi atas pagar atau ‘silent majority’ ini akan faham kerana kami juga pernah jadi pembangkang dan tahu majlis serta ceramah kempen anjuran mana-mana parti pun yang dihadiri 3,000 ke 4,000 orang.

“Itu bukan gambaran sokongan sebenar tetapi menduga keputusan sebenar ialah golongan ‘silent majority’ ini,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Innovathon, Kuala Lumpur.

Rafizi optimis apabila kempen PRN bermula, gabungan parti kerajaan perpaduan berada di depan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

“Insya-Allah, kita akan masuk pilihan raya ini dalam keadaan berada di depan untuk tiga negeri itu serta akui memang ada pertembungan sengit di Kedah dan peralihan besar dan baik di Kelantan,” katanya.

Tiada ulasan: