"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM sokong menteri terlibat banteras rasuah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sudah jadi tanggungjawab menteri mencegah rasuah, kata Azam Baki mengulas kritikan terhadap Tiong King Sing, yang membongkar “peristiwa yang memalukan negara” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, minggu lalu.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, berkata beliau mengambil positif berhubung pendedahan berkenaan, merujuk kepada kenyataan menteri pelancongan, seni dan budaya itu, mendakwa wujud amalan rasuah di pintu masuk negara.

Katanya, tidak menjadi isu sekiranya menteri mengeluarkan kenyataan berhubung kes rasuah membabitkan agensi penguat kuasa.

“Tiada hal untuk mereka memberi kenyataan (mengenai aktiviti rasuah) kerana sebagai menteri, ia tanggungjawab mereka untuk mencegah rasuah.

“Tidak menjadi masalah dan kita juga mengambil ia secara positif,” katanya menurut Berita Harian.

Jumaat lalu, Tiong mengaku terlibat dalam kekecohan di pejabat imigresen di KLIA, yang mana beliau campur tangan dalam kes seorang wanita warga China didakwa tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Azam juga berkata, SPRM merakam keterangan sekurang-kurangnya 14 individu berhubung insiden Khamis lalu, termasuk dua wanita dan lapan pegawai imigresen.

Tiada ulasan: